Wednesday 30 October 2013

Demam

Ye, demam. Termasuk hari ni dah tiga hari. Serentak dengan Abang exam pulak. Nak tak nak kena lawan lah Mama! Dah jadi Mama mana boleh duduk diam saja. Masak, kemas rumah, basuh jemur lipat kain, uruskan Wisya, prepare uniform Abang. Letihla nak taip semua. hehe

Tapi bukan maksudnya nak mengeluh. Tidoklah begitu. Kita percaya sakit itu penghapus dosa. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
                (HR. Bukhari dan Muslim)

Sebab apa demam? Google bagi jawapan. Godek-godek banyak web dan blog yang share pasal demam. Tapi yang bagi fakta tu semua tak boleh copy. So, try buat link lah. Nak share jugeeee. Nah rajin-rajinlah baca. Punca atau sebab demam boleh berlaku.

Yelah, Ann mana gi berjemur kat mana-mana pun. Setakat petang-petang keluar jalan-jalan kat kawasan rumah bawak Wisya ambil angin saje. Tu pun dah tak panas masa tu. Abang kate demam sakit urat sebab duduk mengadap laptop menaip lama sangat. hehe

Cara atasi demam? hmmph, macam-macam.

Pakai KoolFever
Letak kain basah kat dahi
Makan habbatussauda
Mandi banyak kali
Panadol

Yang panadol tu last sebab tak suka makan panadol. tapi sebab tak tahan.huu Ni nak kena makan vitamin banyak-banyak ni. Kena kuatkan badan! Dalam Shaklee ape yang boleh diambil untuk elakkan dari dihinggapi demam? Jom cekidaut.

Sustained Released Vita C-Plus 500mg


Panggil je nama singkatan Vita C-Plus. Kalau demam atau sakit kepala, ambil lah Vita C-Plus. InsyaAllah dua-dua sakit akan berkurangan.

Performance Drinks


Ini adalah produk Minuman Hidrasi Tulen dari Shaklee. Performance Drinks mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi dalam badan. Terbukti secara klinikal! Apabila minum, InsyaAllah tubuh jadi lebih segar dan demam akan berkurangan.



Oh ye, web tu kelolaan doktor Indonesia kot. Pandai-pandailah korang translate ayat tu sendiri. Boleh fahamkan? Bukan susah sangat nak faham pun. Eleh, macam tak biasa tengok sinetron petang-petang.

No comments:

Post a Comment