Wednesday 11 December 2013

8 Sebab Kenapa Kita Memerlukan Vitamin Sebagai Suplemen

Assalamualaikum w.b.t


Maksud VITAMIN : bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit.


Maksud SUPPLEMENT : tambahan, bahagian tambahan, pelengkap.



Kenapa badan kita perlukan vitamin sebagai suplemen?

Tidak cukup kah makanan yang diambil seharian?


Definisi gaya hidup sihat di era moden menurut pakar nutrisi terkenal, Dr. Ray Strand ialah MAKANAN SEIMBANG, SENAMAN DAN MAKANAN TAMBAHAN!



Di bawah ini ialah senarai 8 sebab kenapa kita perlu mengambil vitamin suplemen atau makanan tambahan dalam diet seharian kita:

  1. Tubuh kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi daripada sumber makanan yang diambil. Contohnya Vitamin E dan Vitamin C yang diperoleh daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan penyakit dan anti-penuaan.
  2. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tercemar. Penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran.
  3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
  4. Gangguan penyerapan zat makanan di dalam tubuh berlaku akibat pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan dan antibiotik. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam mengurangkan simpanan zat mineral dan menggangu penyerapan mineral dalam tubuh.
  5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
  6. Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang mencabar,sibuk dan tertekan menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.
  7. Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah dan gemar makanan segera yang tinggi kandungan MSG adalah penyumbang kepada masalah kesihatan.
  8. Persekitaran tercemar dan imunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin menyebabkan tubuh badan mudah terkena penyakit.





*************************
TIP PERCUMAKONSULTASI EKSKLUSIF dan HARGA ISTIMEWA untuk anda.
Apa tunggu lagi? Jom kita bisik-bisik. Jangan takut, kite tak makan orang lah, kite makan suplemen. ^^,


Your SHAKLEE Independent Distributor,

SYAZANA SANUSI [ANN]
SHAKLEE ID: 1070778

Contact info:
SMS/Whatsapp: +6 0192663004
E-mel: tenderfootmama@gmail.com 

No comments:

Post a Comment