Saturday 9 November 2013

Rumah Dan Tangga

Satu pagi hujung minggu yang sejuk, selepas solat subuh, si Isteri tekun menyiapkan pakaian Suami. Suami yang baru selesai rutin membaca Quran memandang si Isteri.

Situasi 1

Suami : Abang tengok setiap saat Bie makin cantik. *sambil senyum melihat Isteri*

Isteri : Eeeellleh, gedik la tuuu. *tersengih kembali*

Situasi 2

Suami :  Abang tengok setiap saat Bie makin cantik. *sambil senyum melihat Isteri*

Isteri : Habis tu Abang nak kata Bie tak cantikla sebelum ni? *pura2 merajuk sambil memuncungkan bibir*



Kesimpulan : 
Susah sangat kah ucap terima kasih wahai perempuan? Suami dah puji  dikatakan gedik pula. Padahal dalam hati sudah berbunga-bunga. Dan tak perlu la membalas pujian dengan soalan yang tak ada kaitan. Ada orang sebut ke awak tu tak cantik? Sekarang ni siapa yang gedik sebenarnya? hehehehe




Selamat Berhujung Minggu! ^__^


No comments:

Post a Comment